disable right click highlight copy

wise words ~【】《》


welcoming hello , sunrise


春来花自青, 秋至叶飘零。

20 August 2009

8.20《弟子规》马来文 Tatasusila Murid & Anak versi BM (DiZiGui)

不经意的,学生们晨读也快一年了。那天无意间发现学生们晨读《弟子规》时候,高年级(4,5,6年纪)的学生已经可以朗朗上口了。
在此要感谢净宗学会年初赠送给本校的弟子规读本。
《弟子规》 马来文
Tatasusila Murid dan Anak versi Bahasa Malaysia (DiZiGui)- Kitab Klasik Cina
(Standards for Being a Good Student and Child)
晨读, Bacaan Pagi, Morning Recital.
总 叙Kerangka Isi
弟子规 圣人训 首孝弟 次谨信
Kitab Permulaan Amal adalah asuhan Orang Yang Murni (“shengren”) agar anak murid sekalian dapat mengutamakan adab menuruti ibu bapa (“xiao”) di samping menghormati kepada abang kakak (“ti”), dan disusuli dengan adab menyemaikan sifat-sifat yang sungguh (“jing”) lagi jujur (“xin”).
泛爱众 而亲仁 有余力 则学文
Disusuli juga dengan adab kasih-mengasih dengan orang ramai (“aizhong”) sehingga suatu adab terhayat di dalamnya nilai-nilai perikemanusiaan (“ren”). Kitab ini diakhiri dengan adab peri penting mempelajari kitab-kitab leluhur (“wen”) pada masa sesudah amal.
入 则 孝Adab Menuruti Ibu Bapa Bila Saja Berada Di Rumah
父母呼 应勿缓 父母命 行勿懒
Apabila diseru oleh ibu bapa, jangan kita terlambat untuk mengeyakan. Apabila disuruh oleh ibu bapa, jangan kita tersegan untuk melaksanakan.
父母教 须敬听 父母责 须顺承
Apabila diberi ajar oleh ibu bapa, hendaklah kita mendengarinya dengan rasa yang cermat. Apabila ditegur oleh ibu bapa, hendaklah kita menerimanya dengan kesediaan yang ikhlas.
冬则温 夏则_ 晨则省 昏则定
Suamkan tempat tidur ibu bapa ketika musim berkeadaan sejuk (atau cuaca dingin), dan segarkan tempat tidur ibu bapa ketika musim berkeadaan panas (atau cuaca hangat). Berikan salam kepada ibu bapa bila saja mereka telah bangun pagi, dan kemaskan (tempat tidur) ibu bapa bila saja mereka hendak pergi merehat malam.
出必告 反必面 居有常 业无变
Mesti memaklumkan kepada ibu bapa apabila hendak pergi dari rumah, dan mesti mengunjungi ibu bapa setelah kembali dari luar. Tempat tinggal biarlah tetap senantiasa, bidang kerja biarlah tidak berubah semata-mata.
事虽小 勿擅为 苟擅为 子道亏
Jangan berlaku sesuka hati walau seringan mana perkara itu pun. Adab seseorang anak akan terjejas jika dilakukan sedemikian.
物虽小 勿私藏 苟私藏 亲心伤
Jangan menyembunyikan sesuatu walau sekecil mana barang itu pun. Rasa ibu bapa akan terluka jika disembunyikan sedemikian.
亲所好 力为具 亲所恶 谨为去
Memenuhi apa yang diperkenankan oleh ibu bapa dengan sedaya upaya. Menjauhi apa yang dihindari oleh ibu bapa dengan sewaspada yang ada.
身有伤 贻亲忧 德有伤 贻亲羞
Kelukaan badan akan mengelisahkan ibu bapa. Kecelaan amal akan memalukan ibu bapa.
亲爱我 孝何难 亲憎我 孝方贤
Menuruti ibu bapa (“xiao”) yang sayangkan kepada kita adalah tidak sukar. Menuruti ibu bapa yang bencikan kepada kita adalah amal yang lebih bersinar (“xian”).
亲有过 谏使更 怡吾色 柔吾声
Jikalau terdapat kesalahan ibu bapa, nasihatinya (“jian”) agar diperbetulkan. Air muka biar ramah dan nada (yakni bahasa) kita biar lembut.
谏不入 悦复谏 号泣随 挞无怨
Jikalau nasihat tidak diterimai, ulangi lagi ketika ibu bapa berkeadaan riang. Cita rasa biar tersedu-sedu tetapi tidak berasa dendam walaupun disebat pada akhirnya.
亲有疾 药先尝 昼夜侍 不离床
Ubat hendaklah dirasai sebelum diumpankan kepada ibu bapa yang menjatuh sakit. Jangan menjauhkan diri daripada tempat rehat (ibu bapa) bagi penjagaan sepanjang hari (siang malam).
丧三年 常悲咽 居处变 酒肉绝
Senantiasa berkeadaan sedih ketangisan sepanjang tiga tahun adat mengenang si ibu bapa yang telah meninggal dunia itu dikerjakan. Mengubahsuai tempat kediaman (agar selaras dengan adat pengenangan) dan menghindarkan diri daripada berkenduri dan makan besar (yakni cara hidup berfoya-foya).
丧尽礼 祭尽诚 事死者 如事生
Pemergian ibu bapa hendaklah dimakamkan menurut adat (“li”), dan upacara peringatan mereka juga hendaklah diuruskan menurut adat. Melayani mereka yang telah meninggal dunia seperti mana kita melayani mereka semasa berada.
出 则 弟Adab Menghormati Abang Kakak Yakni Orang Yang Lebih Tua Daripada Kita Bila Saja Berada Di Luar Rumah
兄道友 弟道恭 兄弟睦 孝在中
Adab seseorang abang adalah berteraskan kepada kasih sayang-menyayang (“you”), adab seseorang adik adalah berteraskan kepada rasa hormat-menghormat (“gong”). Di mana rukun adik beradik itu terjalin, di situ adab turut kepada ibu bapa (“xiao”) tersemai.
财物轻 怨何生 言语忍 忿自泯
Jika adik-beradik sama-sama memandang rendah kepada kepentingan harta benda nescaya hati dendam (“yuan”) tidak akan berbangkit. Jika adik-beradik sama-sama bersabar ketika mengeluarkan kata-kata nescaya rasa marah (“fen”) akan lenyapnya dengan sendiri.
或饮食 或坐走 长者先 幼者后
Biar makan minum mahupun ketika duduk berjalan, laluan diberi terlebih dahulu kepada orang yang lebih tua (“zhangzhe”) dan disusuli dengan orang yang lebih muda (“youzhe”).
长呼人 即代叫 人不在 己即到
Cuba dapatkan orang yang diseru-seru (yakni dikehendaki) oleh orang yang lebih tua, dan hadapkan muka diri jikalau orang itu tidak berada buat sementara.
称尊长 勿呼名 对尊长 勿见能
Jangan menyebut nama akrab orang yang lebih besar dan tua daripada kita untuk memanggilinya.Jangan juga menunjuk-nunjuk ketika berhadapan dengan orang yang lebih besar dan tua demi kebolehan kita.
路遇长 疾趋揖 长无言 退恭立
Hendaklah segera menuju dan memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita ketika menemuinya di tengah jalan. Hendaklah mengundur dan berdiri sopan ketika orang yang lebih tua itu tidak berbahasa lagi.
骑下马 乘下车 过犹待 百步余
Hendaklah segera turun daripada kuda atau singgah daripada kereta ketika bertembung dengan orang yang lebih tua daripada kita. Hendaklah sabar bernanti melainkan orang itu telah pergi beratusan langkah (yakni telah pergi jauh) daripada kita.
长者立 幼勿坐 长者坐 命乃坐
Bila orang yang lebih tua itu berdiri, janganlah orang yang lebih muda itu menduduk. Bila orang yang lebih tua itu telah menduduk dan memperkenankan, barulah orang yang lebih muda itu boleh berduduk.
尊长前 声要低 低不闻 却非宜
Hendaklah bernada rendah ketika bertutur di hadapan orang yang lebih tua dan besar daripada kita. Namun adalah kurang wajar jikalau nada itu rendah sampai tidak dapat kedengaran.
进必趋 退必迟 问起对 视勿移
Hendaklah segera menuju kepada orang tua yang sedang mendatang, dan laun mengundur ketika orang tua itu hendak berlepas. Hendaklah bangun menjawab ketika ditanya oleh orang yang lebih tua daripada kita, dan jangan beralih muka daripada melihatinya.
事诸父 如事父 事诸兄 如事兄
Hendaklah melayani orang tua sekalian bagaikan ibu bapa kita, dan hendaklah melayani orang yang lebih besar daripada kita bagaikan abang kakak kita.
谨 Adab Menyemaikan Sifat-Sifat Kesungguhan
朝起早 夜眠迟 老易至 惜此时
Bangun pagi hendaklah awal dan tidur malam biarlah lewat. Usia lekas saja menua dan hargailah masa sekarang.
晨必盥 兼漱口 便溺回 辄净手
Hendaklah mencuci muka dan berkumur mulut (yakni gosok gigi) setelah bangun daripada pagi. Hendaklah membersihkan kedua-dua belah tangan bila saja balik daripada membuang air besar dan kecil.
冠必正 纽必结 袜与履 俱紧切
Hendaklah bertopi kemas dan berkancing lekat. Kaus dan kasut yang dipakai hendaklah juga berpadanan.
置冠服 有定位 勿乱顿 致污秽
Segala topi dan baju hendaklah diatur pada tempatnya. Jangan mengalutkan kerana boleh membawakan kekotoran.
衣贵洁 不贵华 上循分 下称家
Yang diutamakan adab berpakaian adalah kebersihan dan bukan kecantikan (atau kemewahan). Jika orang atasan berpakai mengikut tata (“fen”) maka orang bawahan juga akan berpakai mengikut tertib (“jia”).
对饮食 勿拣择 食适可 勿过则
Jangan pilih makan terhadap makanan (dan minuman). Ambil setakat mana yang cukup dan jangan berlebihan (daripada berpatutan).
年方少 勿饮酒 饮酒醉 最为丑
Jangan meminum arak ketika masih berumur kecil. Perangai mabuk adalah termasuk perangai yang terhodoh.
步从容 立端正 揖深圆 拜恭敬
Berjalan biar lega dan berdiri biar tegak (yakni sopan). Bersoja biar sungguh (dengan liputan tangan yang bulat) dan menjunjung biar hormat.
勿践阈 勿跛倚 勿箕踞 勿摇髀
Jangan berdiri di atas bendul atau berpincangkan kaki. Jangan juga duduk berlipat atau berayunkan paha.
缓揭帘 勿有声 宽转弯 勿触棱
Bergulung langsir biar lambat agar tidak berkeriuhan. Bergerak badan biar di tempat lega agar tidak mengetuk penjuru.
执虚器 如执盈 入虚室 如有人
Memegang perkakas kosong bagaikan perkakas yang penuh. Memasuki bilik kosong bagaikan bilik yang dikediami orang.
事勿忙 忙多错 勿畏难 勿轻略
Jangan terburu-buru melakukan sesuatu kerana mudah tersilap. Jangan terbingung akan kepayahan dan jangan pula bersikap sambil lalu.
斗闹场 绝勿近 邪僻事 绝勿问
Jangan mengunjungi tempat berpersengketaan lagi berkeriuhan. Jangan juga mengambil minat tentang perkara sesat lagi ganjil.
将入门 问孰存 将上堂 声必扬
Tanyakan (yakni pastikan) sama ada orang terdapat di dalam ketika hendak memasuki rumah seseorang. Lantangkan juga suara ketika hendak memasuki bilik besar (yakni bilik tamu) rumah seseorang.
人问谁 对以名 吾与我 不分明
Sahutkan diri dengan nama sebenar ketika ditanya oleh tuan rumah. Jawapan “saya” (“wo”) dan “aku”(“wu”) adalah tidak memadai (untuk menentukan siapa orang sebenarnya).
用人物 须明求 倘不问 即为偷
Perlu mendapatkan kebenaran tuan milik sebelum menggunakan sesuatu barang kerana boleh menjadi hal pencurian jikalau tidak diketahui olehnya.
借人物 及时还 后有急 借不难
Barang pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapkan kerana pinjaman terkemudian adalah tidak payah meskipun keterdesakan.
信 Adab Menyemaikan Sifat-Sifat Kejujuran
凡出言 信为先 诈与妄 奚可焉
Kebolehpercayaan bahasa (“xin”) hendaklah terjamin sebelum mengatakan sesuatu. Masakan boleh bertipu helah (“zha”) dan beromong kosong (“wang”)?
话说多 不如少 惟其是 勿佞巧
Berbanyak mulut tidak sebaik kurang bermulut. Berkata biarlah benar dan jangan berputar belit.
奸巧语 秽污词 市井气 切戒之
Hendaklah berjaga-jaga daripada berkata curang (khianat) lagi kotor. Hendaklah juga berjaga-jaga daripada berperangai cara orang kurang sopan.
见未真 勿轻言 知未的 勿轻传
Jangan mudah mengkhabarkan mana-mana pandangan yang belum pasti kebenarannya. Jangan mudah menghebahkan mana-mana pengetahuan yang belum pasti ketentuannya.
事非宜 勿轻诺 苟轻诺 进退错
Jangan mudah berjanji kepada perkara yang terkeluar daripada kemampuan. Barangkali kita akan menjadi serba salah jikalau diakuri dengan sedemikian.
凡道字 重且舒 勿急疾 勿模糊
Hendaklah bersungguh tetapi lega bila saja mengucapkan kata. Jangan bercakap lekas dan jangan pula menyamar-samarkan bahasa.
彼说长 此说短 不关己 莫闲管
Biar orang bermulut hebiak di sana sini. Jangan kita mencampuri jikalau tidak kena-mengena dengan diri kita sendiri.
见人善 即思齐 纵去远 以渐跻
Hendaklah mengamalkan diri sebagaimana Orang Murni yang telah ditemui. Walaupun masih berjarak jauh tetapi telah langkah demi langkah kita menghampirinya.
见人恶 即内省 有则改 无加警
Hendaklah berinsaf diri ketika menemukan orang yang berlaku jahat. Perbetulkan diri mana yang ada (jahat) dan peringatkan diri jikalau terlepas daripada kejahatan berkenaan.
唯德学 唯才艺 不如人 当自砺
Utamakan amal (”de”) dan pembelajaran (“xue”). Utamakan juga kebolehan (“cai”) dan kemahiran (“yi”). Harus kita berasah diri jikalau tidak sebanding orang.
若衣服 若饮食 不如人 勿生戚
Jangan merasa muram jikalau baju busana kita tidak sebaik orang. Jangan juga merasa kurang senang jikalau makan minum kita tidak seenak orang.
闻过怒 闻誉乐 损友来 益友却
Jika kita berasa marah dengan peneguran dan berasa riang dengan kepujian, maka yang mendatang adalah kawan berbuat (“sunyou”) dan yang menjauh adalah kawan bermanfaat (“yiyou”).
闻誉恐 闻过欣 直谅士 渐相亲
Jika kita merasa berat dengan sebarang kepujian dan merasa senang dengan sebarang peneguran, maka bertambahlah karib kita dengan orang-orang yang lurus (“zhi”) lagi mengerti (“liang”).
无心非 名为错 有心非 名为恶
Salah laku yang tidak sengaja disebut “kesilapan”. Salah laku yang sengaja dinamakan “kesalahan”.
过能改 归于无 倘掩饰 增一辜
Dikira tiada bersalah jikalau dapat diperbetulkan kesalahan yang telah berlaku. Kesalahan dikira berganda jikalau hendak menutupkan lagi kesalahan yang telah berlaku.
泛 爱 众 Adab Kasih-Mengasih Dengan Orang Ramai
凡是人 皆须爱 天同覆 地同载
Kasih-mengasih (“ai”) kepada sekalian asalkan “ia” adalah seorang manusia kerana sama-sama diliput langit (“tian”) dan sama-sama juga didukung bumi (“di”).
行高者 名自高 人所重 非貌高
Orang yang amalnya luhur tentu juga bernama mulia. Seseorang itu dijunjung bukan atas sebab ketinggian tubuhnya.
才大者 望自大 人所服 非言大
Orang yang bakatnya besar tentu juga berwibawa tinggi. Seseorang yang diyakini bukan atas sebab kelebihan percakapannya.
己有能 勿自私 人所能 勿轻訾
Jikalau diri kita yang ada kemampuan, janganlah disembunyikan. Jikalau orang lain yang ada kemampuan, janganlah dijelikkan (dengan semudah-mudahnya).
勿谄富 勿骄贫 勿厌故 勿喜新
Jangan menjilat pantat kepada orang yang kaya dan jangan pula berlaku bongkak dengan orang yang miskin. Jangan bersikap jemu kepada orang yang lama dan jangan pula bergila dengan orang yang baru.
人不闲 勿事搅 人不安 勿话扰
Jangan menjadi-jadi ketika orang tidak berlega masa dan jangan pula mengada-ada ketika orang tidak bertenang hati.
人有短 切莫揭 人有私 切莫说
Jangan menyingkap kekurangan orang dan jangan pula membongkar rahsia seseorang.
道人善 即是善 人知之 愈思勉
Menyiarkan kebaikan seseorang adalah amal yang baik kerana orang itu akan lebih berusaha (untuk beramal baik) setelah mengetahuinya.
扬人恶 即是恶 疾之甚 祸且作
Mendedahkan keburukan seseorang adalah amal yang buruk kerana akan dibenci olehnya malah mendatangkan balas dendam yang buruk.
善相劝 德皆建 过不规 道两亏
Saling menasihati demi kebaikan akan mendatangkan kebajikan (“de”) bersama. Saling tidak meneguri (keburukan) akan membawa kerugian bersama.
凡取与 贵分晓 与宜多 取宜少
Utamakan pembezaan antara yang diterima (“qu”) dan yang diderma (“yu”) bila saja melibatkan barangan (atau harta benda). Pendermaan biarlah sebanyak mungkin dan penerimaan biarlah sekurang mungkin.
将加人 先问己 己不欲 即速已
Menyoalkan diri terlebih dahulu jikalau hendak mengenakan sesuatu tindakan ke atas orang lain. Memberhentikan dengan segera jikalau pengenaan itu tidak diingini juga oleh diri kita sendiri.
恩欲报 怨欲忘 报怨短 报恩长
Murah hati orang hendaklah dibalas, dendam hati orang biarlah dilupai. Membalas budi itu amal yang lebih, membalas dendam itu amal yang kurang.
待婢仆 身贵端 虽贵端 慈而宽
Bersikap sopan (“duan”) ketika melayani hamba sahaya. Di balik sopan ada rasa sayang (“ci”) dan hati murah (“kuan”) yang benar.
势服人 心不然 理服人 方无言
Mengatasi orang dengan kedudukan semata-mata tidak akan meluruskan hatinya. Mengatasi orang dengan
kebenaran akan mendatangkan keyakinan yang tidak berbelah bahasa.
亲 仁 Adab Menyemaikan Nilai-Nilai Perikemanusiaan
同是人 类不齐 流俗众 仁者希
Sama-sama menjadi manusia tetapi martabatnya berkelainan. Yang ramai adalah rakyat jelata dan yang segelintir adalah Orang Murni yang Berperikemanusiaan (“renzhe”).
果仁者 人多畏 言不讳 色不媚
Orang Yang Murni sesungguhnya akan disegani ramai. Tiada yang tersirat dalam bahasanya dan tiada juga terjilat dalam sikapnya.
能亲仁 无限好 德日进 过日少
Alangkah baiknya jikalau kita dapat mendekati Orang Yang Murni. Budi pekerti akan bertambah baik dan kecacatan kita makin bertambah kurang dari hari ke hari.
不亲仁 无限害 小人进 百事坏
Alangkah berbahaya jikalau kita tidak mendekati Orang Yang Murni. Orang keji akan bertambah ramai dan fasal buruk akan bertambah banyak.
余 力 学 文 Adab Mempelajari Kitab-Kitab Leluhur Bila Saja Ada Masa Kelapangan
不力行 但学文 长浮华 成何人
Mempelajari kitab-kitab leluhur (“wen”) tanpa ditekuni dengan amal hanya mendatangkan kedangkalan yang tidak memberi kesan kepada perwatakan.
但力行 不学文 任己见 昧理真
Asyik saja beramal tetapi tidak mempelajari kitab-kitab leluhur akan mengakibatkan pembabibutaan diri yang menyimpang dari jalan yang benar.
读书法 有三到 心眼口 信皆要
Adab mempelajari kitab ditentukan oleh tiga perkara yakni perkara hati (yang memaham), mata dan mulut masing-masing adalah perlu (menurut adab ini).
方读此 勿慕彼 此未终 彼勿起
Bila saja mempelajari kitab ini, jangan menghasratkan kitab yang lain. Selagi kitab ini belum selesai dipelajari, jangan memulakan pembelajaran bagi kitab yang lain.
宽为限 紧用功 工夫到 滞塞通
Masa untuk pembelajaran biar lega, tetapi ketekunan perlu diutamakan sepanjang masa. Bila saja ada kesungguhan yang penuh, segala lintangan pembelajaran akan dapat diatasi.
心有疑 随札记 就人问 求确义
Catatkan mana sahaja yang ada keraguan semasa belajar. Kemukakan kepada orang agar mendapat pemahaman yang pasti.
房室清 燺_Q 几案洁 笔砚正
Bilik tempat belajar hendaklah nyaman dan dindingnya hendaklah terang. Meja tempat belajar hendaklah bersih dan alat tulisnya hendaklah padan.
墨磨偏 心不端 字不敬 心先病
Bila ketul dakwat digesel (untuk dicecairkan) senget, ini menunjukkan bahawa kita telah kurang berhati. Bila huruf tidak ditulis kemas, ini menunjukkan bahawa kita telah berkecuaian.
列典籍 有定处 读看毕 还原处
Tempatkan buku pada ruang yang sesuai dan kembalikan buku pada tempat asal sesudah membaca.
虽有急 卷束齐 有缺坏 就补之
Kemaskan buku terlebih dahulu walaupun terpanggil di tengah pembacaan dan perbaiki buku bila saja ada kekurangan atau kerosakan.
非圣书 屏勿视 蔽聪明 坏心志
Menghindarkan diri daripada menatapi buku yang tidak murni kandungannya kerana ia boleh menggugat kebijakan lagi menjejaskan cita rasa kita.
勿自暴 勿自弃 圣与贤 可驯致
Jangan melepas diri dan jangan pula menyerah takdir. Biar Orang Yang Murni (“sheng”) mahupun Orang Yang Susila (“xian”), ia boleh dicapai dengan kesungguhan kita pada suatu hari yang akan datang.