(雪蘭莪‧八打靈再也10日訊)教總指出,教育部承諾糾正華小師資被派到國小執教及中學華文教師被派到技職學院的問題,因此呼吁若有教師面對上述錯誤調派問題,須儘速聯繫教總,以呈交給教育部作出糾正。
- 全國華小在新學年面對嚴重師資不足的問題,令校方大感頭疼。圖為八打靈精武華小上課的情況。(檔案照)(圖:星洲日報)
教總今日發表文告說,教總於昨日在馬華教育諮詢委員會、華教團體及教育部有關討論華小師資問題的會議上,提出了錯誤調派問題,並向教育部提呈了相關文件。
“根據教總收集到的投訴,共有6名被派到國小執教的華小准教師、1名成功申請越州轉校,但被派到國小執教的華小教師,以及2名中學華文教師被調派到技職學院執教。”
文告指出,教總吁請即將獲調派的華小准教師密切關注,一旦接到被調派到國小的通知時,馬上聯絡教總,以向教育部反映,並加以糾正。
大學教育系畢業生
15及16日面試
15及16日面試
此外,文告說,教育服務委員會將於1月15日及1月16日,安排公立大學教育系畢業生進行面試,以派到學校執教,當中包括蘇丹依德理斯師範大學(UPSI)中文組教育系畢業生。
“由於國中及國民型中學仍面對華文師資短缺問題,因此教總呼吁有關當局儘快處理中學師資的調派工作,以將目前逾百名中文組教育系畢業生分派到中學執教,解決國中及國民型中學華文師資不足的問題。”
教總也吁請中文組教育系畢業生密切關注此事,如果沒有被通知前往面試,也請聯繫教總。
文告說,教總對於開學一個星期以來,所發生的種種華小師資問題感到非常遺憾,希望隨著昨天的會議,華小師資問題可在短期內獲得解決。
另外,教總吁請教育部吸取此次經驗,須對華小師資建立透明及完善的行政作業制度,以便能夠制度化及更有效地解決華小師資問題。
“當中包括教育部須確保學校開學前,所有師資調派工作已完成,並發出聘請臨教的批文,讓學校一旦出現教師空缺,就可第一時間聘請臨教填補空缺。”
國英文科教師不符資格須反映
此外,教總也吁請教育部及教育局遵守副首相兼教育部長丹斯里慕尤丁於2012年4月5日針對華小師資問題發出的指示,即微型華小的國文及英文科教師都須具備華文資格,以及A型和B型華小的第一階段(即一、二及三年級)國文和英文科教師必須具備華文資格的條規。
教總呼吁華小董家教密切關注此事,一旦學校有被派來不符合華小實際需求的國文及英文科教師,須馬上向教育局提出反對,以免影響學校發展。
教總也吁請面對此問題的華小聯絡教總,以要求教育部糾正。
教總的聯絡電話是03-87362633,電郵info@jiaozong.org.my。
(星洲日報)
KENYATAAN AKHBAR YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI ISU KEKURANGAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) 4 APRIL 2012
05 April 2012
KENYATAAN AKHBAR
YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
MENGENAI ISU KEKURANGAN GURU
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
4 APRIL 2012
Jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri adalah bukti Kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan efektif.
Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan telah dan sedang pun diambil untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC.
Oleh itu saya berharap masyarakat Cina menyambut baik langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah diumumkan oleh jawatankuasa tersebut pada 20 Mac lalu kerana sekolah rendah jenis kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada sistem pendidikan negara kita.
Langkah yang diambil ini juga bukan kerana tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan kesimpulan bahawa Kerajaan telah mengambil langkah tersebut hanya setelah tekanan dibuat oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak benar.
Isu ini perlu diperjelaskan agar gambaran sebenar dapat diberikan untuk menangkis dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan dan KPM.
Dalam usaha memastikan proses pembelajaran dan pengajaran SJKC di seluruh Negara berjalan lancar setiap tahun KPM telah berusaha bersungguh-sungguh mengisi kekosongan guru-guru di SJKC.
Pada tahun 2009 terdapat kekurangan guru seramai 4,991, pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan kepada 3,043, pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 dan akirnya pada tahun ini kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874. Daripada jumlah ini, KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut. Baki kekurangan di SJKC hanyalah tinggal 392 orang yang mana Guru Besar SJKC diberi kebenaran mencadangkan calon guru interim untuk dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
KPM telah memperuntukkan sejumlah 38,047 jawatan guru bagi SJKC. Sehingga 31 Januari 2012 seramai 36,173 guru terlatih telah ditempatkan di semua sekolah SJKC.
Sebanyak RM1.8 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi mengurus di SJKC di seluruh negara.
Pada masa ini terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara. Dari 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).
Saya menyeru kepada semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu-isu pendidikan Cina dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti dan kemajuan pendidikan di semua sekolah, sama ada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan dengan tujuan menambah daya saing kita bagi menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.
Jawatankuasa khas yang diketuai YB Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pendidik Cina dan pemegang amanah lain untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina. Ini telah menghasilkan pelan lapan perkara yang telah dipersetujui oleh kerajaan.
Jawatankuasa ini telah empat kali bermesyuarat dengan pihak yang berkepentingan dan telah menerima segala input yang diberikan oleh semua pihak.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada:
5 Mac 2012 bersama-sama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Pendidikan Guru(BPG), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH), Persatuan Guru Besar SJKC
8 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC , Dong zhong, Jiao Zhong, HuaZhong, dan National Union of the Teaching Profession (NUTP)
16 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir)
23 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir)
2 April 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC , JiaoZhong, HuaZhong, NUTP dan DongZhong
Untuk memastikan keputusan Jawatankuasa itu dilaksanakan sepertimana yang dipersetujui, satu mesyuarat penyelarasan tindakan Susulan Jawatankuasa Khas Menangani Guru SJKC telah diadakan pada 27 Mac 2012 bersama-sama BPPDP, BPG, IPM, NUTP, dan BPSH (sebagai urusetia).
Untuk permasalahan kekosongan jawatan guru di SJKC
Bagi mengatasi masalah kekurangan guru, sebanyak 1,482 guru interim telah pun diagihkan kepada semua negeri, manakala baki 392 guru interim dibenarkan dilantik pada 1 April 2012 lalu.
Guru-guru interim ini akan berkhidmat sehingga pengisian oleh guru terlatih dapat dilaksanakan sepenuhnya dan tertakluk kepada kekosongan sebenar berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan diluluskan.
Pada 27 Mac 2012, KPM telah mengeluarkan surat perlanjutan perkhidmatan guru-guru interim di SJKC. Bagi melaksanakan agenda tersebut, pihak guru besar SJKC boleh mencalonkan guru-guru yang memenuhi syarat dan pelantikan akan dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Untuk permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa
Tentang permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, Lembaga Pengelola SJKC berpendapat tindakan memindahkan 100 guru tersebut adalah wajar kerana guru-guru tersebut tidak boleh bertutur dan menulis menggunakan bahasa itu. Pada mereka persoalannya adalah bagaimanakah guru-guru ini dapat berinteraksi dengan murid-murid pemulihan yang sudah tersedia lemah.
KPM telah membuat penyemakan terperinci di atas dakwaan lebih kurang 100 orang guru pemulihan tiada kelayakan bahasa Cina dan mendapati ada dalam kalangan guru-guru ini mempunyai kredit dalam Bahasa Cina.
Seramai tujuh orang guru didapati mempunyai kelayakan Bahasa Cina iaitu 2 orang di Melaka (SJKC Chabau dan SJKC Pay Hsien, 2 orang di Sarawak (SJKC Chung Hua, Sibuti dan SJKC Chun Hua Serian), seorang di Selangor (SJKC Hin Hua) dan 2 orang di Johor (SJKC Sengkang, Kulaijaya dan SJKC Ban Foo)
Oleh itu, KPM menetapkan guru-guru yang mempunyai kelayakan bahasa Cina akan terus kekal di sekolah tersebut sementara guru-guru lain akan ditempatkan semula ke sekolah kebangsaan mulai 16 April 2012 sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kekurangan Guru SJKC pada 2 April 2012.
Untuk permasalahan guru-guru opsyen kajian sosial yang tidak berkelayakan BC
Seramai 17 orang guru Kajian Sosial dengan minor Bahasa Melayu telah ditempatkan di daerah Klang, Selangor.
Semakan dibuat oleh KPM mendapati seorang daripada mereka mempunyai kelayakan Bahasa Cina dan akan dikekalkan di sekolah sedia ada (SJK(C) Chung Hua).
Sementara itu, 16 orang guru ini akan dipindahkan ke sekolah Kebangsaan. Seorang guru Kajian Sosial yang ditempatkan di Melaka telah diganti dengan seorang guru pengajian Cina (SJKC Chabau) manakala seorang lagi guru di SJK(C) Chung Hwa, Subis. Semua guru ini akan dipindahkan berkuatkuasa pada 16 April 2012.
Untuk permasalahan kelayakan dwibahasa guru opsyen Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Tahap 1 di SJKC Gred A dan B akan diajar oleh guru yang berkelayakan mengajar Bahasa Cina sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia .
Bagi Sekolah Kurang Murid pula , bagi tahap 1 dan 2 bagi pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan diajar oleh guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Inisiatif Jangka panjang bagi menangani kekurangan guru SJKC
BPG dan IPGM sedang merangka Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) untuk guru-guru bukan opsyen BM/BI dan mengajar mata pelajaran selain Bahasa Cina lebih dari 5 tahun.
Kursus ini dijangka bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini, supaya tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kerajaan telah mengemukakan perancangan mengikut keperluan di SJKC dan mekanisme untuk melatih bukan sahaja guru-guru yang terlatih di dalam Bahasa Cina tetapi juga penambahan pensyarah-pensyarah Pengajian Cina.
Buat masa ini terdapat 72 pensyarah Pengajian Cina di IPG seluruh Malaysia . KPM telah bersetuju untuk mengambil 30 lagi pensyarah Pengajian Cina bagi mempertingkatkan kapasiti latihan guru.
Permohonan untuk menjadi pensyarah di IPG, termasuk jawatan pensyarah Pengajian Cina telah dilaksanakan mulai 13 Mac hingga 30 Mac 2012. Pada ketika ini pihak urusetia di IPGM KPM sedang memproses permohonan dan pengambilan akan dibuat pada 1 Jun 2012. Pengambilan pensyarah dilaksanakan secara berterusan.
Iklan untuk pengambilan pensyarah ini telah pun ditutup pada 30 Mac yang lalu.
Sebagai langkah penambahan guru terlatih di SJKC, KPM juga telah menyemak dengan SPP dan mendapati dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam yang telah ditemuduga, terdapat seramai 105 orang yang mempunyai kelayakan BC di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, KPM telah bersetuju akan melantik mereka untuk berkhidmat di SJKC dalam tempoh yang terdekat.
Langkah-langkah yang diambil ini jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan isu yang dianggap berlarutan oleh masyarakat Cina.
Walaubagaimanapun, saya telah mengarahkan supaya Jawatankuasa ini terus mengadakan sesi perbincangan dan maklumbalas serta mengumpul input dengan kesemua pihak yang berkepentingan dan melihat semua pandangan yang diutarakan dengan mengambil kira semua aspek dan mencari jalan penyelesaian jika ada isu-isu lain yang diketengahkan.
-END-